Soalan : Warga tua merupakan golongan yang perlu dihormati oleh generasi muda pada masa ini.Huraikan peranan ibu bapa untuk memupuk sikap-sikap menghoramti warga tua dalam kalangan anak-anak.Huraikan peranan ibu bapa untuk memupuk sikap-sikap menghormati waga tua dalam kalangan anak-anak.
Dalam menuntut arus kemodenan yang berpaksikan sains dan teknologi kini,anak-anak muda sibuk mengejar kemewahan dan taraf yang menjadi salah satu asas kepada pembinaan negara yang signifikan dari segi politik,ekonomi dan sosial.Tuntutan ini telah menyebabkan anak-anak semakin mengabaikan ibu bapa yang memerlukan kasih sayang mereka.Seterusnya,disebabkan oleh kemajuan dunia dalam pelbagai skop,muda-mudi kini seolah-olah menjadi seperti kacang melupakan kulitnya apabila bersikap tidak endah akan warga tua dan tidak menghormati golongan yang sudah masak akan senario dunia ini.Kelompok muda yang tidak menghormati warga emas ini juga telah bersikap mementingkan diri sendiri seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.Oleh itu,peranan ibu bapa untuk mendidik nilai-nilai murni yang berkualiti terhadap anak-anak sejak dari rebung lagi perlu dititikberatkan.Pepatah melayu juga ada menyatakan melentur buluh biarlah dari rebungnya supaya anak-anak dapat menilai yang mana kaca dan yang mana permata.Sebelum mata menjadi rabun,sebelum kulit menjadi kendur,sebelum nyawa menjadi lebur,moleklah kita meluaskan fokus perbincangan mengenai peranan ibu bapa untuk memupuk sikap-sikap menghormati warga tua dalam kalangan anak-anak.
Kata kunci yang pertama ialah agama dan ilmu.Albert Eistein ada menyatakan agama tanpa ilmu adalah buta,ilmu tanpa agama adalah lumpuh.Oleh hal yang demikian ibu bapa perlu memberi didikan agama dan sedikit pengetahuan tentang konsep hormat-menghormati antara satu sama lain.Apabila konsep ini dapat dipraktikkan oleh anak-anak,kelompok mentah ini automatik akan menghormati sesiapa sahaja termasuklah golongan tua yang sangat sensitif terhadap beberapa isu.Ibu bapa perlu menasihati anak-anak supaya menjaga tingkah laku mereka walaupun di mana mereka berada.Selain itu,ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak mereka seperti memberi salam kepada warga tua jika berjumpa,seterusnya bersopan santun dan sebagainya.Hal ini demikian dapat mengelakkan warga tua daripada terguris hati dan tersinggung akan sikap kurang sopan golongan muda.Pokoknya,kelompok muda perlu menjaga tatatertib ketika berhadapan dengan golongan yang sudah hijau daripada mereka.Ironinya,ibu bapa berhak dan perlu menegur anak-anak jika mereka bersikap kurang senang semasa berjumpa dengan warga tua.Hal ini adalah untuk membuang sisa negatif dalam diri anak-anak.Sesunguhnya,peranan ibu bapa dalam mencorak sikap anak-anak sejak kecil sangat penting supaya tidak menjadi seperti mencurahkan air ke daun keladi kelak.
Bertitik tolak daripada menifestasi tersebut,Ibu bapa juga harus berperanan sebagai contoh terbaik terhadap anak-anak.Senario ini penting supaya anak-anak tidak menyoal kemungkinan apa yang perlu dilaksanakan oleh mereka.Janganlah ibu bapa menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan,sebaliknya ibu bapa perlu menzahirkan teladan yang hakiki terhadap anak-anak supaya dapat diaplikasikan oleh anak-anak.Ibu bapa juga harus mengamalkan setiap ajaran mengenai menghormati warga tua yang telah diajar oleh mereka kerana bapa borek anak rintik.Maka semua golongan ibu dan bapa perlu menghayati peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya agar dapat mencorak sahsiah diri yang cemerlang dalam diri anak-anak.Tokoh pujangga ada menyatakan anak-anak ibarat kain putih yang tiada cela,maka ibu bapa lah yang perlu mencorakkan kain putih tersebut sama ada menjadi cantik ataupun sebaliknya.Jika cantik yang dicorakkan maka cantiklah tetapi jika sebaliknya,kemungkinan ibu bapa akan menyesal tak sudah kerana nasi sudah menjadi bubur.Maka,ibu bapa perlu menjadi seperti bahan rujukan yang dapat memberikan 1001 teladan kepada anak-anak.Jelaslah,ibu bapa perlu mengambil tindakan awal sebelum anak-anak meniti arus gejala sosial,janganlah sudah terhantuk baru tengadah.
Di samping itu,ibu bapa perlu mengambil inisiatif dengan membawa anak-anak melawat ke rumah orang-orang tua.Pendekatan ini akan memupuk kesedaran dalam diri anak-anak supaya dapat melihat dengan mata dan telinga sendiri tentang kehidupan yang dialami oleh golongan warga tua yang telah diabaikan.Pastinya,anak-anak akan berasa terharu akan pengalaman hidup golongan warga tua yang mungkin telah menghuni kediaman itu sudah bertahun lamanya.Hakikatnya berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikulnya.Oleh itu,Ibu bapa harus memberi galakan kepada anak-anak untuk melibatkan diri dalam kegiatan kemasyarakan yang dianjurkan oleh sekolah mahupun Kementerian.Sebagai contoh menggalakkan anak-anak menyertai lawatan ke rumah orang-orang tua yang dianjurkan oleh badan kokurikulum sekolah.Kesinambungan daripada itu anak-anak mendapat banyak manfaat daripada aktiviti yang dilakukan semasa lawatan tersebut.Ibu bapa juga perlu mencari insiatif sendiri dengan membawa anak-anak melibatkan diri dalam kempen kemasyarakatan seperti kempen 'Sayangilah Warga Tua'.Tindakan ini dapat membentuk interaksi sosial yang baik antara anak-anak dengan warga tua disamping ikatan kekeluargaan dapat dijalin erat.Tegasnya,elemen ini penting untuk menyemai nilai kasih sayang dalam diri anak-anak supaya mereka lebih menghargai warga tua yang sebatang kara.
Sehubungan dengan itu,alangkah murninya jika ibu bapa mampu mengambil warga tua yang sebatang kara untuk dijadikan datuk angkat atau nenek angkat kepada anak-anak mereka.Kita semua juga sudah tidak sanggup melihat kesunyian yang memerangkap warga tua,alangkah bagusnya jika kita semua mampu.Maka,jika ibu bapa mampu melakukan tindakan tesebut terpancarlah naluri seorang ibu dan bapa yang kuat terhadap anak-anaknya.Jadi ibu bapa yang berkemampuan perlu mengambil datuk angkat atau nenek angkat kepada anak-anak supaya anak-anak dapat menyelami perasaan mereka.Oleh itu,ibu bapa mestilah menzahirkan rasa sayang mereka terhadap individu baru dalam keluarga.Hal ini jelas kerana ibu bapa semestinya menunjukkan kewajipan seorang anak yang mithali kepada ibu dan bapa meskipun terhadap individu yang tiada pertalian darah sekalipun.Dalam hal ini,ibu bapa mesti berperanan sebagai anak angkat yang baik kepada keluarga angkat tersebut dan sebaliknya anak-anak bertindak sebagai cucu angkat.Melalui cara dan tindakan yang dilakukan oleh ibu bapa ini sudah tergambar kasih sayang yang mendalam terhadap anak-anaknya dan berharap agar anak-anak mereka tidak menyisihkan mereka tua kelak.Yang paling perlu ialah ibu bapa perlu sentiasa mesra dengan individu yang telah menjadi sebahagian daripada keluarga dan tidak memulaukan individu yang telah diibaratkan seperti ibu bapa sendiri supaya tidak seperti melepaskan batuk ditangga.Hakikatnya,tidak bergunalah kekayaan dan kemewahan yang ada jika kita sendiri tidak mampu membela nasib golongan sebatang kara ini.
Analoginya yang dapat dijadikan panduan,obligasi yang perlu dilaksanakan oleh ibu bapa sangat penting demi kemashalatan bangsa,masyarakat dan negara.Walaupun arus globalisasi menuntut kesibukan masyarakat kini,penyabaian ibu bapa terhadap anak-anak tidak seharusnya terjadi kerana ibu dan bapa pastinya mempunyai dua matlamat utama dalam hidup mereka iaitu tanggungjawab mereka terhadap negara dan tanggungjawab mereka dalam menghasilkan benih yang berguna dan golongan muda yang berkualiti.Tokoh cerdik pandai ada menyatakan benih yang baik dilontar ke udara menjadi kejora,dibaling ke laut menjadi pulau dan dicampak ke bumi menjadi penawar.Hal ini demikian kerana anak yang baik pasti akan menjadi kebanggaan warga tua.Jadi,marilah kita berfikir diluar kotak tetapi masih berada dalam bulatannya,pembelaan warga tua harus diberi penekanan lebih-lebih lagi daripada golongan ibu bapa dan golongan berkerjaya.Nilai-nilai moral yang telah diterapkan juga perlu digarap supaya muda-mudi kini dapat menghormati golongan yang tua daripada mereka.Sesunguhnya,pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara.
Bahasa itu maruah bangsa
yang mesti dipelihara martabatnya
agar tetap kukuh dan ampuh
melayari lautan bijaksana
salam ikatan mesra dan teguh.
( Dipetik daripada Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 20)
Berdasarkan rangkap sajak di atas, bincangkan usaha-usaha dalam memartabatkan Bahasa Kebangsaan kita.
Bahasa itu maruah bangsa
yang mesti dipelihara martabatnya
agar tetap kukuh dan ampuh
melayari lautan bijaksana
salam ikatan mesra dan teguh.
Bait-bait sajak yang dipetik dari Dirgahayu Bahasaku di atas jelas ingin menyampaikan mesej bahawa bahasa itu maruah bangsa.Hal ini diperkatakan demikian kerana bahasa menunjukkan bangsa.Malaysia adalah negara unik dari segi budaya,bangsa mahupun bahasanya.Masyarakat Malaysia pasti mengetahui bahawa kebanyakan negara lain menggunakan bahasa kebangsaan mereka dengan menyeluruh disebabkan tiada asimilasi kaum yang membezakan bahasanya seperti negara Jepun dan Francis.Natijahnya,bahasa telah menjadi simbolik kepada sesebuah negara.Umumnya,pada suatu ketika dahulu bahasa Melayu telah diangkat menjadi bahasa Kebangsaan Malaysia.Malangnya,negara yang dihuni oleh masyarakat majmuk ini kaya dengan pelbagai loghat dan bahasanya yang berbeza-beza sehingga menyebabkan bahasa kebangsaan hampir luput diingatan penduduk Malaysia pada zaman pascaglobalisasi kini.Sayang seribu kali sayang,ramai diantara kita tidak menyedari bahawa kita telah menyalahgunakan bahasa kebangsaan kita sendiri.Sebelum kulit menjadi kendur,sebelum mata menjadi rabun,sebelum nyawa menjadi lebur,moleklah kita melebarkan fokus perbicangan mengenai usaha-usaha dalam memartabatkan Bahasa Kebangsaan kita.
Malaysia sangat terkenal dengan pelbagai loghat seperti loghat utara,selatan,pantai timur,termasuk loghat sabah dan sarawak yang agak sukar difahami oleh masyarakat utama di Malaysia.Loghat itu tidak ditambah lagi dengan loghat cina dan india yang tidak begitu fasih dalam berbahasa melayu.Adakah kita tega melihat masyarakat majmuk ini dibelenggu masalah interaksi sosial?Tepuk dada tanyalah selera.Sehubungan dengan itu,Akta Pelajaran Malaysia telah mengesyorkan bahasa Melayu dijadikan sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa Melayu juga dijadikan bahasa pengantar di sekolah-sekolah menengah kebangsaan.Sebelum itu,Penyata Razak juga telah mengesyorkan bahasa melayu wajib diajar disemua sekolah di Malaysia.Nyata usaha ini berbaloi kerana dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran bahasa yang meluas dalam kalangan rakyat Malaysia.Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah mencadangkan program 'Bulan Bahasa' dan 'Minggu Bahasa' dilancarkan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.Pendekatan ini dapat memupuk semangat cinta akan bahasa kebangsaan kita sendiri.Jelaslah,titik permulaan awal itu dapat memulih masalah interaksi sosial dalam kalangan masyarakat kita daripada terjerumus dengan krisis berbahasa.
Kesinambungan daripada usaha tersebut,pihak sekolah juga telah menubuhkan Kelab Bahasa Melayu untuk menggalakkan pengetahuan dalam berbahasa.Kelab Bahasa Melayu ini juga ditubuhkan di semua Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan di Malaysia.Ternyatalah,Kelab Bahasa Melayu telah menjadi satu elemen penting dalam memartabatkan Bahasa Kebangsaan kita.Hal ini dapat diperkatakan demikian kerana Kelab Bahasa Melayu ini berfungsi seperti pusat Bahasa Melayu di sekolah-sekolah.Selain itu,Kelab Bahasa Melayu di sekolah-sekolah ini pastinya telah menfokuskan skop-skop tertentu untuk meningkatkan kemahiran berbahasa dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di sekolah.Selain itu,pelancaran slogan 'Bahasa Jiwa Bangsa' juga telah dilaksanakan di sekolah-sekolah.Usaha-usaha bernas ini akan melahirkan khalifah yang penuh berkarisma dan berbudi bahasa pada masa akan datang.Sesunguhnya,berbahasa dengan betul adalah kemahiran komunikasi yang dapat dibanggakan oleh rakyat Malaysia.Janganlah kita sombong seperti keldai sebaliknya rakyat Malaysia harus berpegang kepada konsep dimana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
Beralih daripada manifestasi tersebut,penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) juga adalah satu inisiatif kerajaan yang telah membuktikan Bahasa Melayu mampu dijadikan bahasa ilmu.Seterusnya bahasa melayu mula menjadi bahasa pengantar di semua sekolah menggantikan bahasa inggeris.Tranformasi ini telah mengubah interaksi sosial yang lebih baik antara masyarakat majmuk di negara kita.Melalui pendekatan ini juga kita semua dapat besatu daripada dipengaruh oleh anasir-anasir jahat yang semakin menular.Konsep bersatu teguh,bercerai roboh patut dihayati oleh semua lapisan masyarakat demi kemashalatan negara.Di samping itu,Mahkamah juga mula menggunakan bahasa Melayu pada tahun 1990 dalam proses kehakiman.Hal ini sangat ketara dapat memartabatkan bahasa Kebangsaan apabila pihak mahkamah mengambil tindakan untuk mentranformasi corak kehakiman dengan menggunakan bahasa Kebangsaan kita dalam proses kehakiman.Jelaslah inisiatif yang diambil lama-kelamaan telah membawa kepada kronologi penggunaan bahasa kebangsaan dengan betul dan tepat.
Betitik tolak daripada agenda itu,pihak yang betanggungjawab juga telah menjalankan kempen pemasyarakatan bahasa kebangsaan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan kita seperti kempen 'Bahasaku Global Bangsaku Glokal'.Usaha dan galakan ini juga menjadi penanda aras untuk memajukan masyarakat kita dalam kemahiran berbahasa dengan betul.Kempen-kempen kesedaran seperti ini dapat melahirkan majoriti bangsa yang dapat menzahirkan perasaan cinta akan bahasa kebangsaan kita dan fokus untuk memartabatkan bahasa kebangsaan dapat direalisasikan.Isu pokoknya di sini,pihak yang bertanggungjawab dalam pemasyarakatan bahasa kebangsaan ini telah dirancang dan dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.Hal ini jelas menunjukkan penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka telah memainkan peranan yang signifikan dalam memartabatkan bahasa kebangsaan kita daripada berada diluar lingkungan masyarakat Malaysia sendiri.Pihak swasta dan pihak kerajaan juga telah bergabung untuk menganjurkan pelbagai kegitan dalam menyemarakkan pembudayaan bahasa kebangsaan bagi melahirkan bangsa yang berbudi bahasa dalam bidang bahasa dan sastera.
Analogi yang dapat disimpulkan daripada skop perbincangan ini,semua pihak perlu menggembleng tenaga untuk menjulang tinggi bahasa kebangsaan kita di saentero dunia seperti bahasa Perancis dan Latin di Eropah.Setelah hampir setengah abad negara menikmati kemerdekaan,bahasa Melayu telah menjadi salah satu asas pembinaan negara yang penting melalui tiga fungsi iaitu sebagai bahasa kebangsaan,bahasa rasmi dan bahasa ilmu.Oleh itu,semua golongan tidak mengira lapisan umur harus berbangga menjadi warganegara Malaysia yang mempunyai banyak keunikan yang tiada taranya.Kebitaraan bahasa kebangsaan ini juga perlu terus dimartabatkan oleh rakyat Malaysia supaya tidak terjadi penyalahgunaan bahasa dalam kalangan kita.Sesunguhnya,kita semualah yang bertanggungjawab menjayakan usaha hakiki yang telah dilakukan oleh pelbagai pihak yang telibat agar tidak menjadi perkara yang sia-sia seperti melepaskan batuk di tangga.Marilah kita semua berbahasa dengan betul kerana budi bahasa budaya kita.
Huraikan pendapat anda tentang manfaat membaca.
Membaca adalah asas kepada pengetahuan dan membaca itu jambatan ilmu.Membaca membawa seseorang itu ke dalam dunia yang diwarnai oleh pelbagai pengetahuan tanpa ada noktah seperti air sungai yang sentiasa mengalir laju.Lebih banyak kita membaca lebih banyak ilmu yang terkumpul,dengan membaca yang gelap akan menjadi cerah,yang cetek akan menjadi dalam dan yang jahil akan menjadi berilmu.Chambers ada menyatakan buku adalah penasihat yang kekal.Maka,dengan membaca bahan-bahan ilmiah tentulah masyarakat kita tidak akan tenggelam dalam kejahilan dunia.Janganlah sesekali bersikap benak seperti keldai dan sombong dengan apa yang ada.Sesunguhnya golongan yang celik ilmu sentiasa dahagakan pengetahuan yang meluas.Acap kali kita mendengar ilmu itu pelita hidup.Kesinambungan daripada itu,semua golongan masyarakat haruslah menuntut ilmu supaya tidak belaku penindasan sesama manusia.Oleh itu,moleklah kita melebarkan fokus perbincangan mengenai manfaat membaca.
Seperti yang diketahui umum,negara kita semakin melebarkan sayapnya ke landasan global yang mampu meningkatkan imej negara.Kemajuan dalam pelbagai skop ini bermula dengan ilmu pengetahuan yang meluas.Jadi,penanda aras yang menentukan kemajuan atau kemunduran sesebuah negara adalah berdasarkan ilmunya.Sebagai contoh,negara terbit matahari sangat maju dalam bidang elektronik dan penghasilan mesin yang canggih kerana rakyatnya lebih peka untuk memajukan sektor tersebut.Jadi,dengan membaca kita semua dapat mengembangkan pelbagai sektor yang dapat memajukan pelbagai aspek negara dari segi politik,ekonomi mahupun sosial.Oleh hal yang demikian,terlahirlah negara berdaulat yang mempunyai potensi untuk bersaing dengan negara maju yang lain.Amalan membaca juga dapat membantu pembangunan negara yang sedia ada dan dapat menjadi rencah kemajuan negara.Negara akan bertambah maju dengan adanya golongan celik ilmu yang rajin membaca.Sesunguhnya,amalan membaca ini mampu meningkatkan kemajuan negara agar berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara kelas pertama yang lain.Jelaslah membaca dapat memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat untuk mendorong kemajuan sesebuah negara.
Membaca adalah elemen yang membawa kejayaan akademik kepada sesesorang sehingga menjadi warga yang cemerlang seperti doktor,guru,peguam dan sebagainya.Cita-cita yang tinggi ini dapat dicapai dengan hanya bergantung kepada buku-buku teks ataupun buku ilmiah yang lain.Amalan membaca yang disemai mampu mengorak langkah remaja untuk terus belajar hingga ke menara gading.Majoriti golongan yang banyak membaca dan meneroka ilmu akan berjaya dalam bidang akademik,golongan seperti ini sangat cinta akan ilmu dan dapat menyedari peri pentingnya ilmu dalam kehidupan.Peribahasa yang bulat tidak datang bergolek yang pipih tidak datang melayang perlu dihayati semua lapisan masyarakat kerana membaca adalah salah satu tonggak kejayaan seseorang.Membaca juga dapat menjamin kejayaan kita semua terutamanya dalam bidang akademik.Hal ini diperkatakan demikian kerana fakta yang ada di dalam buku adalah benar-benar belaka dan tidak mungkin berlaku penipuan.Tepuk dada tanya selera,tegasnya masa hadapan kita semua akan terjamin dengan ilmu didada.
Tidak dinafikan, membaca dapat meningkatkan pengetahuan dalam pelbagai aspek seperti aspek politik,ekonomi dan sosial.Golongan membaca dapat mengetahui isu-isu semasa yang dibincangkan dan dipersoalkan seperti kes kemalangan,kes dera dan lain-lain.Selain itu,para pelajar juga dapat menambah kosakata dan mengetahui perkara baru yang masih segar.Majoriti ulat buku juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan am yang meluas seperti perkembangan yang telah belaku di seluruh dunia.Semua golongan berhak mengetahui perkembangan dunia yang kian moden ini.Hal ini diperkatakan demikian kerana dengan membaca masyarakat dari seluruh pelosok dunia dapat berkongsi maklumat dan idea yang dapat diguna pakai.Pandangan dan buah fikiran yang bernas juga dapat dikongsi bersama untuk menajamkan fikiran.Golongan cerdik pandai juga ada menyatakan berfikirlah diluar kotak tetapi masih berada dalam bulatnya.Sesungguhnya,majoriti ulat buku mendapat banyak manfaat untuk menyebarluaskan ilmu pengetahuan daripada amalan membaca.
Sehubungan dengan itu,terlahirlah insan yang bergelar doktor,pensyarah,arkitek dan sebagainya.Insan-insan berkualiti ini semestinya gemar membaca buku-buku ilmiah demi meningkatkan kepakaran mereka.Walaupun sudah berjaya mendapat segulung ijazah,golongan bekerjaya ini juga tidak henti-henti menelaah bahan rujukan walaupun sudah berjaya hingga ke negara gading.Hal ini demikian kerana mereka dapat meningkatkan kualiti kerja yang lebih baik demi masyarakat dan negara.Sudah terang lagi bersuluh,membaca akan mengembangkan pemikiran untuk melakukan hal yang lebih drastik.Sebagai contoh,tidak mustahil seorang arkitek mampu membina pelan bangunan mencakar langit yang unik dan sekali gus dapat menarik perhatian pelancong serta dapat memaksimumkan aliran kemasukan wang di negara kita.Buktinya sudah terbentang di hadapan mata iaitu Menara Berkembar Kuala Lumpur yang telah menjadi simbolik negara kita.Seterusnya,membaca juga akan mampu melahirkan insan yang berilmu pengetahuan tinggi dalam pelbagai skop yang ingin terokai.Tegaslah bahawa masyarakat membaca dapat meningkatkan kepakaran untuk kepentingan masing-masing.
Konklusinya,majoriti golongan membaca merupakan golongan yang bejaya.Membaca adalah penanda aras yang menentukan kemajuan dan kebijaksanaan seseorang individu.Maka,amalan membaca haruslah dipraktikkan oleh semua lapisan masyarakat.Pastinya tiada halangan untuk kita menimba ilmu kecuali oleh sikap malas kita sendiri.Sebagai warganegara Malaysia yang bertanggungjawab,kita semua seharusnya merealisasikan hasrat Tun Dr.Mahatir yang begitu berharap Wawasan 2020 akan tecapai.Oleh itu,amalan membaca sangat signifikan untuk melahirkan benih yang baik untuk masa hadpan.Tokoh pujangga ada menyatakan benih yang baik dilontar ke udara menjadi kejora,dibaling ke laut menjadi pulau dan di campak ke bumi menjadi penawar.Sesunguhnya,generasi pascamglobalisasi kini akan membawa kepada pembangunan negara yang bertunjangkan kemodenan yang lebih maju ke hadapan setanding negara kelas pertama yang lain.Sudah teryata,membaca sememangnya membawa 1001 manfaat kepada kita semua. .
KEPENTINGAN MEMELIHARA WARISAN BANGSA
Dalam meniti arus kemodenan yang berteraskan sains dan teknologi ini masyarakat zaman pascamerdeka kini kian sibuk dengan kemewahan dunia dan hampir tenggelam dalam dunia atom ini.Masyarakat Malaysia kini juga asyik menikmati kemerdekaan dan terlalu mementingkan obligasi tertentu untuk kepentingan masing-masing.Oleh kerana kemajuan dunia dalam pelbagai skop ini,warisan bangsa Malaysia seolah-olah dianaktirikan oleh penduduknya sendiri.Padahal,sering meniti dari bibir ke bibir seluruh umat manusia dari empat penjuru dunia sibuk membicarakan sejarah yang telah mewarnai bumi Malaysia setelah dijajah oleh kuasa asing berdekad yang lalu.Oleh itu, sebelum mata menjadi rabun,sebelum kulit menjadi kendur,sebelum nyawa menjadi lebur,moleklah kita melebarkan skop perbincangan mengenai kepentingan memelihara warisan bangsa.
Kata kunci utama untuk memelihara warisan bangsa adalah seni dan nilai estetika negara.Kita dapat mengekalkan nilai estetika negara dalam menempuh perkembangan pesat di peringkat global.Hal ini demikian kerana warisan negara dapat mempamerkan keunikan dan kesenian yang hanya terdapat di Malaysia.Sebagai contoh bangunan Stadhuys yang dibina semasa penjajahan Belanda pada zaman pramerdeka dahulu.Pengekalan seni bangunan ini telah menimbulkan rasa kagum terhadap peninggalan sejarah yang begitu mendalam di bumi Asia ini.Oleh hal yang demikian,Kementerian Warisan dan Kebudayaan turut mengambil inisiatif dalam mengekalkan warisan bangsa Malaysia seperti memelihara dan memulih bangunan condong di Teluk Intan.Seperti yang semua sedia maklum bangunan condong itu tetap berdiri teguh walaupun kelihatan sudah tua.Jelaslah,warisan negara yang terpelihara akan mempunyai nilai estetika yang dapat menjadi kebanggaan Malaysia.
Seterusnya,warisan negara kita juga dapat menjadi daya tarikan pelancong asing yang cakna akan sejarah silam Malaysia.Buktinya kemasukan pelancong asing meningkat dari tahun ke tahun.Daya tarikan yang unik di Malaysia dapat memaut hati pelancong asing untuk menikmati keindahan dan keunikan yang ada di bumi bersejarah ini.Tamsilnya,Kota A Famosa yang wujud sejak penjajahan Portugis masih mendapat tumpuan pelancong asing sehingga kini.Bukankah kita bangga akan warisan yang wujud ini? Sudah semestinya kita sebagai warganegara Malaysia turut menzahirkan rasa kagum akan kemerdekaan dan sejarah yang penuh bermakna ini.Jadi,tidak hairanlah jika Malaysia akan menjadi pilihan pelancong asing untuk mencuci mata.Bertitik tolak daripada manifestasi tersebut,masyarakat Malaysia juga dapat menjalin interaksi sosial dengan pelancong asing di samping industri pelancongan negara dapat melonjakkan ekonomi negara kita.Maka,tidak rugilah kita memelihara warisan negara bangsa yang terbina sejak berkurun lamanya.
Seperti yang diketahui umum,nasionalisme adalah semangat cinta akan bangsa dan negara.Golongan yang mempunyai semangat nasionalisme akan menjaga warisan yang telah sebati dengan bumi Malaysia ini.Kesinambungan daripada itu,semangat patriotik dapat dipupuk dalam kalangan rakyat Malaysia.Warna-warni sejarah yang telah melakar nostalgia negara akan mewujudkan asimilasi pelbagai kaum yang lebih kukuh serta warisan bangsa yang istimewa.Semangat patriotik dapat dipupuk dalam kalangan anak-anak muda sejak dari rebungnya lagi dengan adanya warisan yang ditingalkan oleh pejuang terdahulu.Sebelum tiram memuntahkan mutiaranya,moleklah digilap dan dijaga dengan baik agar dapat bersinar dengan cahaya yang bergemerlapan.Begitu juga anak-anak muda yang masih berumur setahun jagung dan darah setampuk pinang ini dapat dipupuk semangat cinta akan negara dalam dirinya.Jadi,Malaysia dapat melahirkan benih yang baik dan modal insan yang berguna pada masa hadapan.Tokoh pujangga juga ada menyatakan jika benih yang baik dilontar ke udara menjadi kejora,dibaling ke laut menjadi pulau dan dicampak ke bumi menjadi penawar.Analoginya,semangat patriotik dapat dipupuk dalam diri semua masyarakat melalui warisan negara dan bangsa yang masih kukuh sehingga hari ini.
Pejuang negara sememangnya harus dikenang oleh kita semua yang telah mendapat nikmat merdeka atas setiap titik darah mereka yang jatuh di tanah tercinta ini.Tidak dapat dinafikan lagi kita dapat mengenang jasa perajurit-perajurit yang telah memengang senjata dan sedia berkorban dengan sejarah silam mereka.Hal ini dikatakan demikian kerana kita seolah-olah dapat merasai detik-detik bersejarah apabila melihat warisan negara yang wujud di negara ini seperti Tugu Negara.Peribahasa biar putih tulang jangan putih mata amat sebati dengan pejuang negara kita.Oleh hal yang demikian konsep tersebut dapat dihayati oleh semua golongan masyarakat Malaysia disamping dapat mencetuskan semangat inkuiri yang kuat dalam kalangan masyarakat.Oleh itu,masyarakat kini juga akan dapat menghalang anasir-anasir jahat yang mungkin akan mendominasi ekonomi,politik mahupun sosial negara kita.Sudah terang lagi bersuluh,warisan bangsa yang telah lahir dapat menyemai rasa terharu dengan jasa perajurit negara dan sejarah yang telah mengukir kemerdekaan Malaysia.Sesungguhnya hidup bukanlah satu kemenangan tetapi sebaliknya sesuatu perjuangan.
Intihanya,warisan negara haruslah dihargai dan dipelihara untuk melahirkan insan yang progresif dan proaktif dalam pelbagai skop dan bijak mengatur bicara mengenai sejarah negara seperti Tun Dr.Mahatir Mohamad.Hal ini sekali gus dapat mencantas golongan yang seperti buah kedempung,di luar berisi di dalam kosong.Maka,ayuhlah kita bersama-sama menyeru rakyat Malaysia untuk memelihara warisan bangsa daripada lenyap ditelan gelombang kemodenan yang berpaksikan teknologi masa kini.Biarpun kita ingin berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara kelas pertama yang lain.Janganlah kita melupai jasa pejuang negara yang telah menumpahkan darah demi mempertahankan warisan dan maruah bangsa dan negara.George Santaya ada menyatakan manusia yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya semula.Jadi,jangan sesekali kita menjadi seperti kacang melupakan kulit kerana sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada guna.
Peranan remaja membentuk sahsiah terpuji
Dalam menempuh arus kemodenan yang berpaksikan sains dan teknologi maklumat yang semakin berkembang ini,gejala sosial yang tidak sihat sering menghantui golongan mentah yang masih hijau untuk membentuk sahsiah diri yang unggul dalam diri mereka.Gejala-gejala yang tidak sihat ini haruslah diketepikan untuk menjamin kualiti kehidupan yang lebih sempurna sebagai seorang remaja.Remaja merupakan kelompok yang berumur dalam lingkungan 13 tahun hingga 19 tahun,mereka semua masih tercari-cari matlamat dalam kehidupan yang penuh onak dan duri ini.Kelompok muda ini juga masih keliru untuk mencorak identiti sendiri dalam merentasi lautan kehidupan yang penuh dengan senario-senario yang sangat mengelirukan pandangan mereka.Persoalannya mampukah golongan yang masih setahun jagung ini berupaya menanam sahsiah diri yang terpuji dalam diri? Mampukah mereka mengorak langkah menjadi modal insan yang berkreadibiliti pada masa hadapan? Oleh itu,sebelum kulit menjadi kendur,sebelum nyawa menjadi lebur,sebelum gejala negatif ini bermaharajalela, moleklah kita melebarkan fokus perbincangan mengenai peranan remaja dalam membentuk sahsiah terpuji.
Tanggungjawab sangat penting kepada semua golongan tidak mengira lapisan umur.Dalam pembentukan sahsiah diri seorang remeja ini kata kuncinya ialah tanggungjawab sebagai seorang anak.Tanggungjawab sebagai seorang anak haruslah dilaksanakan untuk mendapat keberkatan dan doa daripada ibu bapa.Anak-anak haruslah mendengar nasihat dan pendapat daripada ibu bapa.Hal ini wajar diberi penekanan kerana ibu bapa adalah golongan yang sudah masak akan senario dunia dan lebih terdahulu makan garam daripada anak-anak.Anak-anak haruslah menjalin hubungan yang akrab dengan orang tuanya supaya perasaan kasih sayang yang mendalam akan timbul dalam lubuk hati mereka.Seterusnya,dengan terjalin ikatan silaturahim yang kuat seperti simpulan tali yang sukar dileraikan antara anak-anak dengan ibu bapa,anak-anak dengan mudahnya akan mendapat dorongan dalam semua tindakan dan keputusan rasional yang diputuskan oleh mereka sendiri.Anak-anak juga harus menghormati segala keputusan ibu bapa, mereka perlu percaya akan keputusan yang telah dinoktahkan oleh orang tua mereka kerana tidak ada seorang pun ibu atau bapa yang ingin melihat anak-anak mereka bergelumang dalam masalah yang rumit.Anak-anak perlu tahu kedalaman Lautan Pasifik tidak dapat dibandingkan dengan kedalaman kasih sayang seorang ibu dan bapa.Maka,ibu bapa adalah pemudah cara dalam merungkai krisis yang dihadapi oleh kelompok muda ini.Analoginya,obligasi sebagai seorang anak haruslah ditunaikan oleh semua remaja dalam mencorak sahsiah diri yang terpuji.
Seterusnya,para remaja perlu bijak memilih rakan sebaya.Memang tidak dinafikan sikap dan perlakuan seseorang dapat mempengaruhi fikiran orang lain.Maka pengaruh yang baik tentunya akan dapat mencetuskan emosi dan rohani yang seimbang terhadap diri seseorang.Tetapi jika pengaruh sikap negatif terus ditanyangkan,adakah majoriti muda akan terus hanyut dalam kebejatan dunia ini ?Oleh hal yang demikian,remaja perlulah bijak dalam membuat pemilihan rakan sebaya supaya tidak terjebak dalam lembah kegelapan atau perkataan yang lebih khusus adalah gejala sosial.Remaja haruslah teguh mengamalkan konsep buang yang keruh ambil yang jernih.Hal ini diperkatakan demikian kerana remaja masih belum menghadapi asam garam kehidupan yang penuh penipuan dan golongan ini sewenang-wenangnya mengambil lewa akan isu ini dengan perasaan yang membuak-buak inginkan keseronakan dunia.Malang tidak berbau,sebelum nasi menjadi bubur,sebelum perkara buruk berlaku,remaja haruslah memilih rakan sebaya yang positif kerana rakan yang positif akan cenderung mendorong rakannya melakukan perkara yang lebih berfaedah dalam pelbagai hal.Janganlah sudah terhantuk baru tengada kerana sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada guna.Tegasnya,tindakan ini perlu dilakukan supaya remaja tidak bercampur dengan insan yang pentingkan diri sendiri seperti enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing.
Indikator seterusnya,remaja haruslah berpandangan jauh dan berfikiran positif dalam melakar titik permulaan untuk menjadi seorang yang berkepimpinan.Kesinambungan daripada itu,remaja haruslah bertekad mencantas sikap buruk dalam diri mereka.Remaja perlulah mempunyai matlamat yang jelas dan mengubah sikap negatif yang akan menjadi halangan untuk terus berdiri teguh dalam dunia yang bergelumang dengan anasir-anasir jahat ini.Kesedaran dalam diri seorang remaja adalah penting bagi menjamin kesejahtera hidup.Remaja haruslah mengambil inisiatif sendiri untuk memajukan setiap aspek diri dengan keazaman yang tinggi kerana hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih.Peribahasa di mana ada kemahuan di situ ada jalan juga perlu disemai dalam hati para remaja suapaya tidak cepat berputus asa dalam mentranformasikan diri mereka menjadi benih yang baik seterusnya menjadi pokok yang akan menghasilkan banyak buah yang ranum.Tokoh cerdik pandai juga menyatakan jika benih yang baik dilontar ke udara menjadi kejora,dibaling ke laut menjadi pulau,dicampak ke bumi menjadi penawar.Istilah ini menerangkan jika insan yang baik diletakkan dimana-mana sahaja mereka pasti akan dapat menjadi warga yang dipandang tinggi oleh masyarakat.Maka,remaja haruslah mengubah perkara yang boleh mengaibkan diri mereka daripada menjadi buah mulut masyarakat sekeliling.Sesungguhnya,semangat yang kental menjadi pemangkin dalam membentuk remaja berkualiti.
Kata kunci seterusnya adalah ilmu dan agama.Remaja perlu memainkan peranan sebagai seorang insan dan khalifah yang berguna.Acap kali kita mendengar ilmu itu pelita hidup.Ilmu sangat penting dalam kehidupan kerana hidup tanpa ilmu,ibarat gasad tanpa nyawa.Albert Einstein menyatakan agama tanpa ilmu adalah buta,ilmu tanpa agama adalah lumpuh.Jadi,sudah terang lagi bersuluh,ilmu dan agama mempunyai hubung kait yang mendalam untuk menjadi seseorang yang berwawasan.Oleh hal yang demikian,remaja haruslah cinta akan ilmu kerana remaja yang sentiasa menggali ilmu mampu menutup ruang-ruang kosong yang akan menggundang persepsi negatif masyarakat.Chambers juga ada menyatakan buku adalah penasihat yang kekal.Remaja perlulah menimba ilmu sebanyak yang mungkin dan sentiasa berkongsi buah fikiran dengan orang lain.Hal ini diperkatakan demikian kerana manusia yang tidak lokek dalam menyebarluaskan ilmu sentiasa mendapat keberkatan daripada Tuhan dan dihormati semua golongan masyarakat.Remaja tidak seharusnya bersikap tangkai jering dalam berkongsi ilmu yang ada,sebaliknya bersikap murah hati dalam berkongsi ilmu dunia.Bertitik tolak dari manifestasi tersebut,remaja juga harus beramal soleh kerana remaja cemerlang akan sentiasa menunaikan tugasnya sebagai insan yang berpegang teguh kepada agama.Sesunguhnya agama akan membawa kita semua ke jalan yang benar.Oleh itu,semua golongan tidak mengira batasan umur haruslah menunaikan sembayang dan berdoa supaya dapat menjadi khalifah yang baik di bumi ini.Tegaslah bahawa ilmu dan agama adalah penting untuk menjamin sahsiah diri yang unggul dalam diri seorang remaja.
Setelah menjalani perbincangan secara panjang lebar,jelaslah remaja perlu mengasimilasikan kesemua peranan tersebut supaya dapat menjadi insan yang ketengah boleh ketepi pun boleh.Yang paling perlu ialah remaja sendiri perlu memainkan peranan sebagai remaja kelas pertama yang dapat membentuk sahsiah cemerlang.Setiap remaja harus membuka mata dan meyedari peri pentingnya generasi kini dalam melukis kejayaan dan kegemilangan negara kerana pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara.Setiap remaja mampu mengorak langkah untuk membentuk sahsiah diri cemerlang sekali gus mampu membawa nama Malaysia ke landasan global sebagai negara maju selaras dengan wawasan 2020.Hasrat Tun Dr.Mahatir ini wajar kita semua tunaikan bagi menjamin kemashalatan bangsa dan negara untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara berdaulat yang lain.Marilah kita menyeru semua golongan remaja supaya menjadi insan yang kecil-kecil cili padi.Biarlah kelihatan mentah tetapi pemikiran yang matang sudah tersemai dalam diri mereka.Remaja harus bangkit dan terus menaiki kemuncak kegemilangan.Sesunguhnya usaha itu tangga kejayaan,sahsiah diri yang terpuji itu adalah rencah untuk mendapat kesejahteraan dalam kehidupan.
Dalam menempuh arus kemodenan yang berpaksikan sains dan teknologi maklumat yang semakin berkembang ini,gejala sosial yang tidak sihat sering menghantui golongan mentah yang masih hijau untuk membentuk sahsiah diri yang unggul dalam diri mereka.Gejala-gejala yang tidak sihat ini haruslah diketepikan untuk menjamin kualiti kehidupan yang lebih sempurna sebagai seorang remaja.Remaja merupakan kelompok yang berumur dalam lingkungan 13 tahun hingga 19 tahun,mereka semua masih tercari-cari matlamat dalam kehidupan yang penuh onak dan duri ini.Kelompok muda ini juga masih keliru untuk mencorak identiti sendiri dalam merentasi lautan manusia yang penuh dengan senario-senario yang sangat mengelirukan pandangan mereka.Persoalannya mampukah golongan yang masih berumur setahun jagung ini berupaya menanam sahsiah diri yang terpuji dalam diri? Mampukah mereka mengorak langkah menjadi modal insan yang berkreadibiliti pada masa hadapan? Oleh itu,sebelum kulit menjadi kendur,sebelum nyawa menjadi lebur,sebelum gejala negatif ini bermaharajalela, moleklah kita melebarkan fokus perbincangan mengenai peranan remaja dalam membentuk sahsiah terpuji.
Mari kita kupaskan satu persatu bermula dengan kata kunci yang lebih khusus iaitu tanggungjawab sebagai seorang anak.Tanggungjawab sebagai seorang anak haruslah dilaksanakan untuk mendapat keberkatan dan doa daripada ibu bapa.Anak-anak haruslah mendengar nasihat dan pendapat daripada ibu bapa.Hal ini wajar diberi penekanan kerana ibu bapa adalah golongan yang sudah masak akan senario dunia dan lebih terdahulu makan garam daripada anak-anak.Anak-anak haruslah menjalin hubungan yang akrab dengan orang tuanya supaya perasaan kasih sayang yang mendalam akan timbul dalam lubuk hati mereka.Seterusnya,dengan terjalin ikatan silaturahim yang kuat seperti simpulan tali yang sukar dileraikan antara anak-anak dengan ibu bapa,anak-anak dengan mudahnya akan mendapat dorongan dalam semua tindakan dan keputusan rasional yang diputuskan oleh mereka sendiri.Anak-anak juga harus menghormati segala keputusan ibu bapa, mereka perlu percaya akan keputusan yang telah dinoktahkan oleh orang tua mereka kerana tidak ada seorang pun ibu atau bapa yang ingin melihat anak-anak mereka bergelumang dalam masalah yang rumit.Anak-anak perlu tahu kedalaman Lautan Pasifik tidak dapat dibandingkan dengan kedalaman kasih sayang seorang ibu dan bapaMaka,ibu bapa adalah pemudah cara dalam merungkai krisis yang dihadapi oleh kelompok muda ini.Analoginya,obligasi sebagai seorang anak haruslah ditunaikan oleh semua remaja dalam mencorak sahsiah diri yang terpuji.
Seterusnya mari kita melebarkan lensa fokus perbincangan kita dengan menggunakan minda kelas pertama dengan memperkatakan kebijaksaan dalam memilih rakan sebaya.Memang tidak dinafikan sikap dan perlakuan seseorang dapat mempengaruhi fikiran orang lain.Maka pengaruh yang baik tentunya akan dapat mencetuskan emosi dan rohani yang seimbang terhadap diri seseorang.Tetapi jika pengaruh sikap negatif terus ditanyangkan,adakah majoriti muda akan terus hanyut dalam kebejatan dunia ini ?Oleh hal yang demikian,remaja perlulah bijak dalam membuat pemilihan rakan sebaya supaya tidak terjebak dalam lembah kegelapan atau perkataan yang lebih khusus ialah gejala sosial.Remaja haruslah teguh mengamalkan konsep buang yang keruh ambil yang jernih.Hal ini diperkatakan demikian kerana remaja masih belum menghadapi asam garam kehidupan yang penuh penipuan dan golongan ini sewenang-wenangnya mengambil lewa akan isu ini dengan perasaan yang membuak-buak inginkan keseronakan dunia.Malang tidak berbau,sebelum nasi menjadi bubur,sebelum perkara buruk berlaku,remaja haruslah memilih rakan sebaya yang positif kerana rakan yang positif akan cenderung mendorong rakannya melakukan perkara yang lebih berfaedah dalam pelbagai hal.Janganlah sudah terhantuk baru tengada kerana sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada guna.Tegasnya,tindakan ini perlu dilakukan supaya remaja tidak bercampur dengan insan yang pentingkan diri sendiri seperti enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing.
Indikator seterusnya,remaja haruslah berpandangan jauh dan berfikiran positif dalam melakar titik permulaan untuk menjadi seorang yang berkepimpinan.Kesinambungan daripada itu,remaja kelas pertama akan sentiasa bertekad mencantas sikap buruk dalam diri mereka.Remaja perlulah mempunyai matlamat yang jelas dan mengubah sikap negatif yang akan menjadi halangan untuk terus berdiri teguh dalam dunia yang bergelumang dengan anasir-anasir jahat ini.Kesedaran dalam diri seorang remaja adalah penting bagi menjamin kesejahtera hidup.Remaja haruslah mengambil inisiatif sendiri untuk memajukan setiap aspek diri dengan keazaman yang tinggi kerana hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih.Peribahasa di mana ada kemahuan di situ ada jalan juga perlu digenggam erat dalam hati para remaja supaya tidak cepat berputus asa dalam mentranformasikan diri mereka menjadi benih yang baik seterusnya menjadi pokok yang akan menghasilkan banyak buah yang ranum.Tokoh cerdik pandai juga menyatakan jika benih yang baik dilontar ke udara menjadi kejora,dibaling ke laut menjadi pulau,dicampak ke bumi menjadi penawar.Istilah ini menerangkan jika insan yang baik diletakkan dimana-mana sahaja mereka pasti akan dapat menjadi warga yang dipandang tinggi oleh masyarakat.Maka,remaja haruslah mengubah perkara yang boleh mengaibkan diri mereka daripada menjadi buah mulut masyarakat sekeliling.Sesungguhnya,semangat yang kental menjadi pemangkin dalam membentuk remaja berkualiti.
Kata kunci seterusnya adalah ilmu dan agama.Mari kita perhalusi fokus perbincangan kita dalam membahaskan ilmu itu pelita hidup.Hidup tanpa ilmu,ibarat gasad tanpa nyawa.Albert Einstein menyatakan agama tanpa ilmu adalah buta,ilmu tanpa agama adalah lumpuh.Jadi,sudah terang lagi bersuluh,ilmu dan agama mempunyai hubung kait yang mendalam untuk menjadi seseorang yang berwawasan.Oleh hal yang demikian,remaja haruslah cinta akan ilmu kerana remaja yang sentiasa menggali ilmu mampu menutup ruang-ruang kosong yang akan menggundang persepsi negatif masyarakat.Chambers juga ada menyatakan buku adalah penasihat yang kekal.Remaja perlulah menimba ilmu sebanyak yang mungkin dan sentiasa berkongsi buah fikiran dengan orang lain.Hal ini diperkatakan demikian kerana manusia yang tidak lokek dalam menyebarluaskan ilmu sentiasa mendapat keberkatan daripada Tuhan dan dihormati semua golongan masyarakat.Remaja tidak seharusnya bersikap tangkai jering dalam berkongsi ilmu yang ada,sebaliknya bersikap murah hati dalam berkongsi ilmu dunia.Bertitik tolak dari manifestasi tersebut,remaja juga harus beramal soleh kerana remaja cemerlang akan sentiasa menunaikan tugasnya sebagai insan yang berpegang teguh kepada agama.Sesunguhnya agama akan membawa kita semua ke jalan yang benar.Oleh itu,semua golongan tidak mengira batasan umur haruslah menunaikan sembayang dan berdoa supaya dapat menjadi khalifah yang baik di bumi ini.Tegaslah bahawa ilmu dan agama adalah penting untuk menjamin sahsiah diri yang unggul dalam diri seorang remaja.
Setelah menjalani perbincangan secara panjang lebar,jelaslah remaja perlu mengasimilasikan kesemua peranan tersebut supaya dapat menjadi insan yang ketengah boleh ketepi pun boleh.Yang paling perlu ialah remaja sendiri perlu memainkan peranan sebagai remaja kelas pertama yang dapat membentuk sahsiah cemerlang.Setiap remaja harus membuka mata dan meyedari peri pentingnya generasi kini dalam melukis kejayaan dan kegemilangan negara kerana pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara.Saya yakin setiap remaja mampu mengorak langkah untuk membentuk sahsiah diri cemerlang sekali gus mampu membawa nama Malaysia ke landasan global sebagai negara maju selaras dengan wawasan 2020.Hasrat Tun Dr.Mahatir ini wajar kita semua tunaikan bagi menjamin kemashalatan bangsa dan negara untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara berdaulat yang lain.Marilah kita menyeru semua golongan remaja supaya menjadi insan yang kecil-kecil cili padi.Biarlah kelihatan mentah tetapi pemikiran yang matang sudah tersemai dalam diri mereka.Remaja harus bangkit dan terus menaiki kemuncak kegemilangan.Sesunguhnya usaha itu tangga kejayaan,sahsiah diri yang terpuji itu adalah rencah untuk mendapat kesejahteraan dalam kehidupan.
Dalam meniti arus kemodenan yang berteraskan sains dan teknologi ini masyarakat zaman pascamerdeka kini kian sibuk dengan kemewahan dunia dan hampir tenggelam dalam dunia atom ini.Masyarakat Malaysia kini juga asyik menikmati kemerdekaan dan terlalu mementingkan obligasi tertentu untuk kepentingan masing-masing.Oleh kerana kemajuan dunia dalam pelbagai skop ini,warisan bangsa Malaysia seolah-olah dianaktirikan oleh penduduknya sendiri.Padahal,sering meniti dari bibir ke bibir seluruh umat manusia dari empat penjuru dunia sibuk membicarakan sejarah yang telah mewarnai bumi Malaysia setelah dijajah oleh kuasa asing berdekad yang lalu.Oleh itu, sebelum mata menjadi rabun,sebelum kulit menjadi kendur,sebelum nyawa menjadi lebur,moleklah kita melebarkan skop perbincangan mengenai kepentingan memelihara warisan bangsa.
Mari kita kupaskan kepentingan utama dengan menggunakan minda pelajar kelas pertama dalam membicara tentang nilai estetika.Kita dapat mengekalkan nilai estetika negara dalam menempuh perkembangan pesat di peringkat global.Hal ini dapat dikatakan demikian kerana warisan negara mempamerkan keunikan dan kesenian yang hanya terdapat di Malaysia.Sebagai contoh bangunan Stadhuys yang dibina semasa penjajahan Belanda pada zaman pramerdeka dahulu.Pengekalan seni bangunan ini telah menimbulkan rasa kagum terhadap peninggalan sejarah yang begitu mendalam di bumi Asia ini.Oleh hal yang demikian,Kementerian Warisan dan Kebudayaan turut mengambil inisiatif dalam mengekalkan warisan bangsa Malaysia seperti memelihara dan memulih bangunan condong di Teluk Intan.Seperti yang semua sedia maklum bangunan condong itu tetap berdiri teguh walaupun kelihatan sudah tua.Jelaslah,warisan negara yang terpelihara akan mempunyai nilai estetika yang dapat menjadi kebanggaan Malaysia.
Bicawara seterusnya,warisan negara kita juga mempunyai daya tarikan pelancong asing yang cakna akan sejarah silam Malaysia.Buktinya kemasukan pelancong asing meningkat dari tahun ke tahun.Daya tarikan yang unik di Malaysia telah memaut hati pelancong asing untuk menikmati keindahan dan keunikan yang ada di bumi bersejarah ini.Tamsilnya,Kota A Famosa yang wujud sejak penjajahan Portugis masih mendapat tumpuan pelancong asing sehingga kini.Bukankah kita bangga akan warisan yang wujud ini? Sudah semestinya kita sebagai warganegara Malaysia turut menzahirkan rasa kagum akan kemerdekaan dan sejarah yang penuh bermakna ini.Jadi,tidak hairanlah jika Malaysia menjadi pilihan pelancong asing untuk mencuci mata.Bertitik tolak daripada manifestasi tersebut,masyarakat Malaysia juga dapat menjalin interaksi sosial dengan pelancong asing di samping industri pelancongan negara dapat melonjakkan ekonomi negara kita.Maka,tidak rugilah kita memelihara warisan negara bangsa yang terbina sejak berkurun lamanya.
Memetik wasitah nirmala seterusnya,semangat patriotik juga dapat dipupuk dalam kalangan rakyat Malaysia.Warna-warni sejarah yang telah melakar nostalgia negara telah mewujudkan asimilasi pelbagai kaum yang erat serta warisan bangsa yang istimewa.Semangat patriotik dapat dipupuk dalam kalangan anak-anak muda sejak dari rebungnya lagi dengan adanya warisan yang ditingalkan oleh pejuang terdahulu.Sebelum tiram memuntahkan mutiaranya,moleklah digilap dan dijaga dengan baik agar dapat bersinar dengan cahaya yang bergemerlapan.Begitu juga anak-anak muda yang masih berumur setahun jagung dan darah setampuk pinang ini dapat dipupuk semangat cinta akan negara dalam dirinya.Jadi,Malaysia dapat melahirkan benih yang baik dan modal insan yang berguna pada masa hadapan.Tokoh pujangga juga ada menyatakan jika benih yang baik dilontar ke udara menjadi kejora,dibaling ke laut menjadi pulau dan dicampak ke bumi menjadi penawar.Analoginya,semangat patriotik dapat dipupuk dalam diri semua masyarakat melalui warisan negara dan bangsa yang masih kukuh sehingga hari ini.
Mari kita capahkan lensa perbincangan kita kepada skop yang lebih khusus di bawah kata kunci mengenang jasa dan sejarah.Tidak dapat dinafikan lagi kita dapat mengenang jasa perajurit-perajurit yang memengang senjata dan sedia berkorban untuk tanah air tercinta ini.Hal ini dikatakan demikian kerana kita seolah-olah dapat merasai detik-detik bersejarah negara apabila melihat warisan negara yang wujud seperti Tugu Negara.Peribahasa biar putih tulang jangan putih mata amat sebati dengan pejuang negara kita.Oleh hal yang demikian konsep itu dapat dihayati oleh semua golongan masyarakat Malaysia disamping dapat mencetuskan semangat inkuiri yang kuat dalam kalangan masyarakat.Oleh itu,masyarakat kini juga akan dapat menghalang anasir-anasir jahat yang mungkin akan mendominasi ekonomi,politik mahupun sosial negara kita.Sudah terang lagi bersuluh,warisan bangsa yang telah lahir dapat menyemai rasa terharu dengan jasa perajurit negara dan sejarah yang telah mengukir kemerdekaan Malaysia.Sesungguhnya hidup bukanlah satu kemenangan tetapi sebaliknya sesuatu perjuangan.
Intihanya,warisan negara haruslah dihargai dan dipelihara untuk melahirkan insan yang progresif dan proaktif dalam pelbagai skop dan bijak mengatur bicara mengenai sejarah negara seperti Tun Dr.Mahatir Mohamad.Hal ini sekali gus dapat mencantas golongan yang seperti buah kedempung,di luar berisi di dalam kosong.Maka,ayuhlah kita bersama-sama menyeru rakyat Malaysia untuk memelihara warisan bangsa daripada lenyap ditelan gelombang kemodenan yang berpaksikan teknologi masa kini.Biarpun kita ingin berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara kelas pertama yang lain.Janganlah kita melupai jasa pejuang negara yang telah menumpahkan darah demi mempertahankan warisan dan maruah bangsa dan negara.George Santaya ada menyatakan manusia yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya semula.Jadi,jangan sesekali kita menjadi seperti kacang melupakan kulit kerana sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada guna.




