Soalan : Warga tua merupakan golongan yang perlu dihormati oleh generasi muda pada masa ini.Huraikan peranan ibu bapa untuk memupuk sikap-sikap menghoramti warga tua dalam kalangan anak-anak.Huraikan peranan ibu bapa untuk memupuk sikap-sikap menghormati waga tua dalam kalangan anak-anak.


       Dalam menuntut arus kemodenan yang berpaksikan sains dan teknologi kini,anak-anak muda sibuk mengejar kemewahan dan taraf yang menjadi salah satu asas kepada pembinaan negara yang signifikan dari segi politik,ekonomi dan sosial.Tuntutan ini telah menyebabkan anak-anak semakin mengabaikan ibu bapa yang memerlukan kasih sayang mereka.Seterusnya,disebabkan oleh kemajuan dunia dalam pelbagai skop,muda-mudi kini seolah-olah menjadi seperti kacang melupakan kulitnya apabila bersikap tidak endah akan warga tua dan tidak menghormati golongan yang sudah masak akan senario dunia ini.Kelompok muda yang tidak menghormati warga emas ini juga telah bersikap mementingkan diri sendiri seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.Oleh itu,peranan ibu bapa untuk mendidik nilai-nilai murni yang berkualiti terhadap anak-anak sejak dari rebung lagi perlu dititikberatkan.Pepatah melayu juga ada menyatakan melentur buluh biarlah dari rebungnya supaya anak-anak dapat menilai yang mana kaca dan yang mana permata.Sebelum mata menjadi rabun,sebelum kulit menjadi kendur,sebelum nyawa menjadi lebur,moleklah kita meluaskan fokus perbincangan mengenai peranan ibu bapa untuk memupuk sikap-sikap menghormati warga tua dalam kalangan anak-anak.



      Kata kunci yang pertama ialah agama dan ilmu.Albert Eistein ada menyatakan agama tanpa ilmu adalah buta,ilmu tanpa agama adalah lumpuh.Oleh hal yang demikian ibu bapa perlu memberi didikan agama dan sedikit pengetahuan tentang konsep hormat-menghormati antara satu sama lain.Apabila konsep ini dapat dipraktikkan oleh anak-anak,kelompok mentah ini automatik akan menghormati sesiapa sahaja termasuklah golongan tua yang sangat sensitif terhadap beberapa isu.Ibu bapa perlu menasihati anak-anak supaya
 menjaga tingkah laku mereka walaupun di mana mereka berada.Selain itu,ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak mereka seperti memberi salam kepada warga tua jika berjumpa,seterusnya bersopan santun dan sebagainya.Hal ini demikian dapat mengelakkan warga tua daripada terguris hati dan tersinggung akan sikap kurang sopan golongan muda.Pokoknya,kelompok muda perlu menjaga tatatertib ketika berhadapan dengan golongan yang sudah hijau daripada mereka.Ironinya,ibu bapa berhak dan perlu menegur anak-anak jika mereka bersikap kurang senang semasa berjumpa dengan warga tua.Hal ini adalah untuk membuang sisa negatif dalam diri anak-anak.Sesunguhnya,peranan ibu bapa dalam mencorak sikap anak-anak sejak kecil sangat penting supaya tidak menjadi seperti mencurahkan air ke daun keladi kelak.



      Bertitik tolak daripada menifestasi tersebut,Ibu bapa juga harus berperanan sebagai contoh terbaik terhadap anak-anak.Senario ini penting supaya anak-anak tidak menyoal kemungkinan apa yang perlu dilaksanakan oleh mereka.Janganlah ibu bapa menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan,sebaliknya ibu bapa perlu menzahirkan teladan yang hakiki terhadap anak-anak supaya dapat diaplikasikan oleh anak-anak.Ibu bapa juga harus mengamalkan setiap ajaran mengenai menghormati warga tua yang telah diajar oleh mereka kerana bapa borek anak rintik.Maka semua golongan ibu dan bapa perlu menghayati peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya agar dapat mencorak sahsiah diri yang cemerlang dalam diri anak-anak.Tokoh pujangga ada menyatakan anak-anak ibarat kain putih yang tiada cela,maka ibu bapa lah yang perlu mencorakkan kain putih tersebut sama ada menjadi cantik ataupun sebaliknya.Jika cantik yang dicorakkan maka cantiklah tetapi jika sebaliknya,kemungkinan ibu bapa akan menyesal tak sudah kerana nasi sudah menjadi bubur.Maka,ibu bapa perlu menjadi seperti bahan rujukan yang dapat memberikan 1001 teladan kepada anak-anak.Jelaslah,ibu bapa perlu mengambil tindakan awal sebelum anak-anak meniti arus gejala sosial,janganlah sudah terhantuk baru tengadah.




      Di samping itu,ibu bapa perlu mengambil inisiatif dengan membawa anak-anak melawat ke rumah orang-orang tua.Pendekatan ini akan memupuk kesedaran dalam diri anak-anak supaya dapat melihat dengan mata dan telinga sendiri tentang kehidupan yang dialami oleh golongan warga tua yang telah diabaikan.Pastinya,anak-anak
akan berasa terharu akan pengalaman hidup golongan warga tua yang mungkin telah menghuni kediaman itu sudah bertahun lamanya.Hakikatnya berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikulnya.Oleh itu,Ibu bapa harus memberi galakan kepada anak-anak untuk melibatkan diri dalam kegiatan kemasyarakan yang dianjurkan oleh sekolah mahupun Kementerian.Sebagai contoh menggalakkan anak-anak menyertai lawatan ke rumah orang-orang tua yang dianjurkan oleh badan kokurikulum sekolah.Kesinambungan daripada itu anak-anak mendapat banyak manfaat daripada aktiviti yang dilakukan semasa lawatan tersebut.Ibu bapa juga perlu mencari insiatif sendiri dengan membawa anak-anak melibatkan diri dalam kempen kemasyarakatan seperti kempen 'Sayangilah Warga Tua'.Tindakan ini dapat membentuk interaksi sosial yang baik antara anak-anak dengan warga tua disamping ikatan kekeluargaan dapat dijalin erat.Tegasnya,elemen ini penting untuk menyemai nilai kasih sayang dalam diri anak-anak supaya mereka lebih menghargai warga tua yang sebatang kara.




       Sehubungan dengan itu,alangkah murninya jika ibu bapa mampu mengambil warga tua yang sebatang kara untuk dijadikan datuk angkat atau nenek angkat kepada anak-anak mereka.Kita semua juga sudah tidak sanggup melihat kesunyian yang memerangkap warga tua,alangkah bagusnya jika kita semua mampu.Maka,jika ibu bapa mampu melakukan tindakan tesebut terpancarlah naluri seorang ibu dan bapa yang kuat terhadap anak-anaknya.Jadi ibu bapa yang berkemampuan perlu mengambil datuk angkat atau nenek angkat kepada anak-anak supaya anak-anak dapat menyelami perasaan mereka.Oleh itu,ibu bapa mestilah menzahirkan rasa sayang mereka terhadap individu baru dalam keluarga.Hal ini jelas kerana ibu bapa semestinya menunjukkan kewajipan seorang anak yang mithali kepada ibu dan bapa meskipun terhadap individu yang tiada pertalian darah sekalipun.Dalam hal ini,ibu bapa mesti berperanan sebagai anak angkat yang baik kepada keluarga angkat tersebut dan sebaliknya anak-anak bertindak sebagai cucu angkat.Melalui cara dan tindakan yang dilakukan oleh ibu bapa ini sudah tergambar kasih sayang yang mendalam terhadap anak-anaknya dan berharap agar anak-anak mereka tidak menyisihkan mereka tua kelak.Yang paling perlu ialah ibu bapa perlu sentiasa mesra dengan individu yang telah menjadi sebahagian daripada keluarga dan tidak memulaukan individu yang telah diibaratkan seperti ibu bapa sendiri supaya tidak seperti melepaskan batuk ditangga.Hakikatnya,tidak bergunalah kekayaan dan kemewahan yang ada jika kita sendiri tidak mampu membela nasib golongan sebatang kara ini.



       Analoginya yang dapat dijadikan panduan,obligasi yang perlu dilaksanakan oleh ibu bapa sangat penting demi kemashalatan bangsa,masyarakat dan negara.Walaupun arus globalisasi menuntut kesibukan masyarakat kini,penyabaian ibu bapa terhadap anak-anak tidak seharusnya terjadi kerana ibu dan bapa pastinya mempunyai dua matlamat utama dalam hidup mereka iaitu tanggungjawab mereka terhadap negara dan tanggungjawab mereka dalam menghasilkan benih yang berguna dan golongan muda yang berkualiti.Tokoh cerdik pandai ada menyatakan benih yang baik dilontar ke udara menjadi kejora,dibaling ke laut menjadi pulau dan dicampak ke bumi menjadi penawar.Hal ini demikian kerana anak yang baik pasti akan menjadi kebanggaan warga tua.Jadi,marilah kita berfikir diluar kotak tetapi masih berada dalam bulatannya,pembelaan warga tua harus diberi penekanan lebih-lebih lagi daripada golongan ibu bapa dan golongan berkerjaya.Nilai-nilai moral yang telah diterapkan juga perlu digarap supaya muda-mudi kini dapat menghormati golongan yang tua daripada mereka.Sesunguhnya,pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara.

W E L C O M E



Hai,selamat menggali ilmu dunia. Now or Never!

Moonlight is the proof that there will always be light in the darkness

P A T H

DIARY
ME

Credit's

Basecode:Anis
Designer:Dinie