Dalam
meniti arus kemodenan yang berteraskan sains dan teknologi ini masyarakat zaman
pascamerdeka kini kian sibuk dengan kemewahan dunia dan hampir tenggelam dalam
dunia atom ini.Masyarakat Malaysia kini juga asyik menikmati kemerdekaan dan
terlalu mementingkan obligasi tertentu untuk kepentingan masing-masing.Oleh
kerana kemajuan dunia dalam pelbagai skop ini,warisan bangsa Malaysia
seolah-olah dianaktirikan oleh penduduknya sendiri.Padahal,sering meniti dari
bibir ke bibir seluruh umat manusia dari empat penjuru dunia sibuk membicarakan
sejarah yang telah mewarnai bumi Malaysia setelah dijajah oleh kuasa asing
berdekad yang lalu.Oleh itu, sebelum mata menjadi rabun,sebelum kulit menjadi
kendur,sebelum nyawa menjadi lebur,moleklah kita melebarkan skop perbincangan
mengenai kepentingan memelihara warisan bangsa.
Mari kita kupaskan kepentingan utama dengan
menggunakan minda pelajar kelas pertama dalam membicara tentang nilai estetika.Kita
dapat mengekalkan nilai estetika negara dalam menempuh perkembangan pesat di
peringkat global.Hal ini dapat dikatakan demikian kerana warisan negara
mempamerkan keunikan dan kesenian yang hanya terdapat di Malaysia.Sebagai
contoh bangunan Stadhuys yang dibina semasa penjajahan Belanda pada zaman
pramerdeka dahulu.Pengekalan seni bangunan ini telah menimbulkan rasa kagum
terhadap peninggalan sejarah yang begitu mendalam di bumi Asia ini.Oleh hal
yang demikian,Kementerian Warisan dan Kebudayaan turut mengambil inisiatif
dalam mengekalkan warisan bangsa Malaysia seperti memelihara dan memulih bangunan
condong di Teluk Intan.Seperti yang semua sedia maklum bangunan condong itu
tetap berdiri teguh walaupun kelihatan sudah tua.Jelaslah,warisan negara yang
terpelihara akan mempunyai nilai estetika yang dapat menjadi kebanggaan Malaysia.
Bicawara seterusnya,warisan negara kita
juga mempunyai daya tarikan pelancong asing yang cakna akan sejarah silam
Malaysia.Buktinya kemasukan pelancong asing meningkat dari tahun ke tahun.Daya
tarikan yang unik di Malaysia telah memaut hati pelancong asing untuk menikmati
keindahan dan keunikan yang ada di bumi bersejarah ini.Tamsilnya,Kota A Famosa
yang wujud sejak penjajahan Portugis masih mendapat tumpuan pelancong asing
sehingga kini.Bukankah kita bangga akan warisan yang wujud ini? Sudah
semestinya kita sebagai warganegara Malaysia turut menzahirkan rasa kagum akan
kemerdekaan dan sejarah yang penuh bermakna ini.Jadi,tidak hairanlah jika Malaysia
menjadi pilihan pelancong asing untuk mencuci mata.Bertitik tolak daripada
manifestasi tersebut,masyarakat Malaysia juga dapat menjalin interaksi sosial dengan
pelancong asing di samping industri pelancongan negara dapat melonjakkan
ekonomi negara kita.Maka,tidak rugilah kita memelihara warisan negara bangsa
yang terbina sejak berkurun lamanya.
Memetik wasitah nirmala
seterusnya,semangat patriotik juga dapat dipupuk dalam kalangan rakyat
Malaysia.Warna-warni sejarah yang telah melakar nostalgia negara telah
mewujudkan asimilasi pelbagai kaum yang erat serta warisan bangsa yang istimewa.Semangat patriotik
dapat dipupuk dalam kalangan anak-anak muda sejak dari rebungnya lagi dengan
adanya warisan yang ditingalkan oleh pejuang terdahulu.Sebelum tiram memuntahkan
mutiaranya,moleklah digilap dan dijaga dengan baik agar dapat bersinar dengan
cahaya yang bergemerlapan.Begitu juga anak-anak muda yang masih berumur setahun
jagung dan darah setampuk pinang ini dapat dipupuk semangat cinta akan negara dalam
dirinya.Jadi,Malaysia dapat melahirkan benih yang baik dan modal insan yang
berguna pada masa hadapan.Tokoh pujangga juga ada menyatakan jika benih yang
baik dilontar ke udara menjadi kejora,dibaling ke laut menjadi pulau dan dicampak
ke bumi menjadi penawar.Analoginya,semangat patriotik dapat dipupuk dalam diri semua masyarakat melalui warisan negara dan bangsa yang masih kukuh sehingga hari ini.
Mari kita capahkan lensa
perbincangan kita kepada skop yang lebih khusus di bawah kata kunci mengenang jasa
dan sejarah.Tidak dapat dinafikan lagi kita dapat mengenang jasa
perajurit-perajurit yang memengang senjata dan sedia berkorban untuk tanah air
tercinta ini.Hal ini dikatakan demikian kerana kita seolah-olah dapat merasai
detik-detik bersejarah negara apabila melihat warisan negara yang wujud seperti
Tugu Negara.Peribahasa biar putih tulang jangan putih mata amat sebati dengan
pejuang negara kita.Oleh hal yang demikian konsep itu dapat dihayati oleh semua
golongan masyarakat Malaysia disamping dapat mencetuskan semangat inkuiri yang
kuat dalam kalangan masyarakat.Oleh itu,masyarakat kini juga akan dapat
menghalang anasir-anasir jahat yang mungkin akan mendominasi ekonomi,politik
mahupun sosial negara kita.Sudah terang lagi bersuluh,warisan bangsa yang telah
lahir dapat menyemai rasa terharu dengan jasa perajurit negara dan sejarah yang
telah mengukir kemerdekaan Malaysia.Sesungguhnya hidup bukanlah satu kemenangan
tetapi sebaliknya sesuatu perjuangan.
Intihanya,warisan negara haruslah
dihargai dan dipelihara untuk melahirkan insan yang progresif dan proaktif
dalam pelbagai skop dan bijak mengatur bicara mengenai sejarah negara seperti
Tun Dr.Mahatir Mohamad.Hal ini sekali gus dapat mencantas golongan yang seperti
buah kedempung,di luar berisi di dalam kosong.Maka,ayuhlah kita bersama-sama
menyeru rakyat Malaysia untuk memelihara warisan bangsa daripada lenyap ditelan
gelombang kemodenan yang berpaksikan teknologi masa kini.Biarpun kita ingin berdiri
sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara kelas pertama yang lain.Janganlah
kita melupai jasa pejuang negara yang telah menumpahkan darah demi
mempertahankan warisan dan maruah bangsa dan negara.George Santaya ada
menyatakan manusia yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya
semula.Jadi,jangan sesekali kita menjadi seperti kacang melupakan kulit kerana
sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada guna.
|
|
-

This Is Me
facts about me .
Name : ZH
Wants to be : Queen
Born at : Negeri Jelapang padi
Stay : Pulau Mutiara //
Love to : Eat 24/7
Bias : MF
Bias List
change this with your own stuff like tutorial,freebies,bias list & etc .
TITLE
TITLE
TITLE
TITLE